Monday, January 25, 2016

Another Great Birthday Marathon II

Ohoiii blog, 

haaa kau mampu dik, 2-3 entry nak cerita pasal birthday kau saorang jer. ha ha ha ha. kau jangan main main tau. the great birthday marathon punya celebration. requestnya nak makan kat La Risata yang terletak di tengah2 bandara kuala lumpur. nahhhh, birthdaynya pulak hari selasa. ha ha ha hari bekerja. ha ha ha. kau tahu kenapa abang gelak dik? ye dik. kau patut tahu dik. jalan jam di sana di sini di sinun malahan di situ juga jam. dan, abang pulak di tengah2 perjalanan itu tetiba nak kencing dik. tak boleh tahan dik. 

sampai satu tahap tuh abang nak berenti kereta suruh boss drive dan abang kencing kat belakang dik. mampu tak buat perangai macam tu. lelaki boleh buat macam tu sebab kau tak payah la nak julurkan keseluruan mentolokoteks kau dalam muncung botol tu. kang tersekat pulak tak boleh keluar. kau ala-ala halakan hose berlubang itu ke arah bottle opening sajork. ehhhhh apa kan nih?! TMI macam pernah buat pulak! ha ha ha ha. ranjau kan. abang tak tahan dik, muka abang dah hijau masa tu. masa tuh dah sampai kat ampang kut tapi jalan stood still. tak bergerak2 and abang pun dah tak boleh nak berpikir. abang senyaps dan boss pun dah tahu routine macam mana kan. ha ha ha. 

sehinggalah kitorang sampai kat satu taman tasik nih abang boleh masuk pulak kat situ sebab nak pi toilet. hamjadah dik, tak der toilet yang berhampiran. kau kena jalan berkilometriko ke dalam park tuh baru la jumpa toilet. abang nanes lalu membuat pusingan dengan hebat dan memecut. sampai2 jer kat La Risata tuh sekali belum bukak lagi! ha ha ha. ranjau, yang bukak adalah Las Carretas. maka abang pun dengan terbongkok bongoknya berjalan meminta bantuan perkencingan di jamban mereka. 10 menit dik abang membesey. demi berterima kasih kepada restaurant ini maka abang terus ajak keboss makan kek kat sini dik. berterima kasih lah kepada restaurant yang membenarkan kau membesey (terkencing). ha ha ha ha. 

Las Carretas

haaaa kau tengok muka abang dik. happy kan tak?! makan la keBoss order la apa nak makan sebab abang happy dah kencing. kau kencing betul2 la jilake. kau jangan kencing macam Jibbai. kau cakap tak naik kan harga itu ini sekali semua benda kau naikkan sekali. dengan darah tinggi abang naik sekali dik! tapi ada kawan abang cakap, kalau mampu pergi restaurant macam nih maka kehidupan tak la susah sangat kan? ha ah memang la tak susah sebab makan macam nih bukan nya makanan kita hari hari. kau kena reti beza kan perbelanjaan harian dan perbelanjaan untuk keraian. lain lah kalau kau punya birthday hari hari kan?! dah tuh takkan nak suruh nak suruh abang pungut duit donation lepas tuh beli kek kat keBoss. mahu kena panah petir nanti kan. eh tak per dik, sebab dah fren-fren bff sekarang nih masuk account peribadi pun tak apa. kalau dulu kau la jantung berdegup laju lah, bibir kebas la kalau ada orang kutip donation masuk account sendiri kan? hypocrite much. kau memang patut dibakar dalam api neraka. tak payah nak bajet mulia kalau kau setakat basuh kereta. matilanak, abang carut sapa nih kan? abang tak sebut nama yer, tapi kalau kau suka feeling2 mohon la terasa! 

eh marilah kembali kepangkal jalan cerita nih dik. okey abang order nachos, keboss pulak order brownies with ice-cream on top. lepas tuh abang pun pasang la lilin. nah 9 kali kau, tiup padam nyala balik dia punya happy birthday. kau jangan main main dik. peniup lilin terbanyak 2015 adalah milik keBoss! 




sekali tu, dengan tidak semena-mena selepas tiupan ke sembilan tu, crew LC datang dan nyalakan lagi lilin kecik pulak dik! merasa nyanyi la sama sama bagai nih. dipakaikan nya topi yaribba ribba andre andre dah tak tentu arah rupa orang dah keBoss nih! ha ha ha ha







Tiup la jangan tak tiup. masa kitorang lepak tuh dalam pukul nam. so killing the time sampai jam 6:30 petang baru gerak ke La Risata. ala restaurantnya sebelah menyebelah jer. yang ini mexican yang itu italian. boss abang nih mmg suka italian esp pasta. tapi semenjak dia buat diet Atkin's nih kena deprive la kehendaknya tu. 



La Risata

bagunya restaurant nih kau boleh book online dik. dan dia akan hold meja kau untuk 15 menit. we went there masa hari bekerja and surprisingly, full house and it wasnt pay day pun dik. tengah bulan kut. so orang ampang memang orang kaya. kalau kau feeling2 nak walk in you may try your luck. ada dua tingkat dan tingkat ke dua tuh reserved for satu party office mana ntah. 

okay rasanya tempat ni agak la glemer and environmentnya memang best. tak payah la review lebih2 kan. he he he. korang boleh jer baca review dia kat tempat yang lagi credible. 






the waiters and waitresses were all friendly but the restaurant was so busy maka tak sempat la derang nak beramah mesra. from time to time they would go from table to table asking makanan okay tak, how do you like the environment. unlike Las Carretas, tak ade nyanyi walaupun masa abang book the table tu dah letak side notes. 

we were first served with the roti and balsamic vinegar olive oil. roti dia memang lembut la dik. 

pizza is a must try kat sini kalau mengikut review2 yang ada kat internet. we chose the hawaian pizza sebab abang suka nenas. eh sapa punya besday nih dik? matiklah abang memang suka enter der prame. the dough was crispy and crunchy just the way we like it. maka makan dia tak muak la dik. 




this is my fav! bruschetta! walaupun iyer nyers simple food tapi kan iyer nyers adalah sedap! dan iyer nyers bukan nasik. ha ha ha. boleh macam tu?




as usual, my dinner steak ni jer dik dan ianya adalah second sedap selepas troika tu dik. sekarang ben'z dah jatuh tempat ke tiga sebab ketiga adalah monte's. sebenarnya banyak lagi steak yang sedap tapi selection untuk abang adalah limited. ini pun nasib baik la tak payah nak amend apa apa.


keBoss with her all time fav la. pasta. macam macam nak di makan last2 dia makan carbonara nih. creamy nak mampus. eh tengok makanan macam ni abang pun jadik lapar la giler. apa kan nih?! macam nih seratus tahun la baru nak kuruskan iyer nyers. 


walaupun macam macam drama jam drama nak terkencing dan drama yaribba ribba tiup lilin sembilan kali, we really had a good night and good dinner indeed. 


ha ha ha ha. tiup lilin lagi dik!! kan abang dah cakap dia memang win la peniup lilin tahun 2015! ha ha ha ha. 
wait ada part III yer! tunggu! tapi tu mmg really2 short entry. ha ha ha. 


-marAYIEthon-

No comments: