Monday, January 18, 2016

Another Great Birthday Marathon

Ohoii blog! 

Ha ha ha ha. birthday lagi dik! bulan sebelas dan bulan doblas adalah tak payah berdayet. akibatnya bulan nih merasa lah kau semua seluar dan baju ketat metats. okay first thing first, kitorang pergi cari hadiah dulu la. heboh kan nih keBoss dah pergi ke macam macam tempat dan last2 kitorang jumpa hadiah tuh kat seng heng! ha ha ha ha. percaya kan tak? lepas mengcompare segala mala litre yang ada, we decided to choose not so big litre and it is just an oven. ha ha ha, sebenarnya kan dik, abang la yang paling cerewet kalau membeli dah membelah. keBoss selalu akan menghencap abang sebab abang la yang sebenarnya akan pusing satu KL cari benda yang abang nak tu. 

selepas membeli kan iyer nyers abang pun membayarkan iyernyers jugak dan menyimpan kan iyer nyers hadiah itu kat kereta keBoss. dengan pantas kitorang drive ke KL. panas pulak hari tu dik. 





Pre-Celebration: Doppio KL and The Chilli's KLCC

we arrived at Doppio KL. diorang ada instagram, korang try search doppiokl. abang suka kat sini dik sebab ambiance dia macam sangat best. abang tak tahu pun tempat macam nih ada, keBoss la macam biasa suka IG hopping dan segala mala tempat makan dia tahu. bila kan abang nak kurus kalau macam nih dik. tapi kan abang ni bukan la nak puji diri sendiri, abang okay jer utk try kedai2 konsep urban, hipster, classic mahupun legend. ha ha ha. tak der abang akan tanya keBoss, ada nasik tak? ha ha ha ha. 

okay intially nak pergi Kek Jalan Tiung, KJT kat shah alam sana tapi masa membeli dan membelah hadiah tuh rupa2nya KJT tutup sebab cuti peristiwa apa bagaikan. merasalah bila check2 tuh Doppio ada ambil order kek dari KJT. tu yang pergi ke sana and besides, keboss pun ada heboh nak pergi sini. so kira sekali harung lah. kat sini ambiance dia best dik. ala ala urban gitew dan bukannya ada kek jer. ada macam macam jugak la tapi kalau tak silap abang diorang bukak for breakfast, lunch and tea break. then pukul 7 p.m tutup and on certain weekends kata si syafiq cafe nih tutup. i am not quite sure but kalau tengok dia orang puntya IG business is on Monday to Friday from 8 in the morning till 7 in the evening. in THE Perak pun boleh dik! nanti la abang cerita pasal in THE Penang and in THE Perak tuh. ha ha ha ha. konsepnya I am Malay and I speak English at home in The Penang. rasakan.. abang terus terkesima lalu bercakap i know english litten litten (little little Siamese Style). eh matiklah abang mencarut student abang. ha ha ha. in the penang dik! in theeee penang. 

maka abang pun dengan gembira in the penangnya berazam untuk mencekik cake sahaja. very berdedikasi gitew. again, they have many other food selection cuma abang jer sengaja focuskan kepada cake kali ini. we will definitely come back soon! lepas pergi ke sekor mekor nanti nak pergi sini semula. These are some of the pictures yang abang sempat ambik sebab abang sebenarnya busy makan dik! ha ha ha ha. okay harga satu slice kek rasanya okay tapi makanan lain abang tak tengok lah. ouh orang yang datang sini bukan lah standard hantu beruam tukang cuci kereta tu. so we dont really look at the price. we dine in and willing to spent. true kau boleh try makanan macam macam kat cafe  yang macam macam tapi kau gunakan la otak untuk buat homework dan jangan order benda yang kau tak suka lepas tuh kau tetiba acah acah upset. atau dah banyak review cakap cafe zawara coffee tu macam cilaka kau gigih jugak nak pergi. ehhhh abang carut sapa nih?! diri sendiri kah?! hahahahha. nanti abang cerita kes zawara coffee ni yer. 







ha kitorang makan nih jer. seketul kek sorang. ha ha ha. percaya kan ker? last2 makan 4 ketul kek dengan satu kek tuh dibelanja oleh adik Syapiq. 


wait i couldnt recall the name if this cake but it is extremely rich dik. kau makan sepotong jer tau. kalau kau berani2 makan nih berpotong potong kau potong jer kaki lepas tu! ha ha ha. acah jer, it was nicely balanced. not too sweet and not too tasteless. cream dia tuh memang best and the cream in between tu kau kena hati hati, nanti dia boleh jadik macam landslide dik. ha ha ha

keBoss pulak ambik this banatoffee yang maha sedap dik, ended up abang yang tibai dia punya kek. ha ha ha ha. sian pre-birthday girl! super duper nice! 










and this is kek pandan gula melaka. okat texture dia agak ermm macam kasar yang best. cuma gula melaka dia kureng la dik. kureng terasa. dia patutnya letak cula melaka tuh dalam bowl sebeblah kek  ni. haaa itu macam baru la best. lepas tu habang potong kkai letak dalam bowl tuh kan kata keBoss. ha ha ha. okay this one is just okay-okay sebab tak berapa manis. if you like something less sweet this could be the choice. 


hahahahha yang ini!? yang iniiiiii?! yang ini adalah percuma dik. si syapiq cakap 'you guys really can eat cake hah'. ha ha ha dia tak tengok lagi geng abang yang lain lain dik. mau tutup Doppio sebab kitorang borong jer kek kat situ! 












some of the interior design of doppio kl.  it is also animal friendly and you can bring your dogs/cats but only at the outer side of the cafe. i think it is wise if you give them a call before bringing your furkids. 


haaa ini lah adikSyapiq tu. dia pun study engineering jugak. dia nih kiranya part time jer kat sini rasanya menunggu panggilan masuk ke UiTM. dia nak study electrical engineering kalau tak silap. ha ha ha. merasa la dia kena interview dengan abang. alahai saja jer ngusik dia. dia nih best, rasanya sebab masa tu cafe pun tak busy so dia boleh la layan kitorang. macam macam benda dia cerita. pasal aunty yang macam macam kerenah la, ada yang nak manis ada yang tak nak manis

ouh keBoss cakap dah kenyang tapi dia acah acah jer dik. lepas tu dia merempan kat abang nak makan pulak. abang sebut jer Chilli's terus bersinar sinar muka dia. 


Ha ha ha ha ha ha. kau tengok muka abang dik macam dah overdose kek dik. abang sebenarnya ngantuk nak mampos dik. kau tengok muka keBoss tu dik. hahahah bersiap sedia sangat  nak mencekik. 



ha ha ha ha. ni, orang yang tak buat Atkin's makan salad dik. orang itew apa yang di makan kan iyer nyers dik. lepas mencekik Chilli's kami orang pun berjalan jalan konon-kononnya nak mengcover calorie yang di invest sebentarnya tadi. ha ha ha. pandai tak keBoss punya tektik. 




okay sekian dulu untuk entry kali ini. nanti abang sambung pada hari kejadian pulak birthday nya. haa ini pun ada tragedy kencing jugak dik! 

-pre-celeAYIEbration-

No comments: