Monday, July 11, 2011

Broga Hill & Sungai Tekala: Gede Gede Time!

ohoiii blog, 
mari kembali merempan. ha ha ha. ala abang kan terkenal dengan emotional shortage. kejap2 jiwang alih2 nanti tetiba abang jadik mat rempit. mwahahahahaha. dalam kehidupan nih ada banyak benda atau ramai orang yang kita suka tapi Allah kurniakan kita dengan benda ataupun orang yang yang kita perlukan bukannya orang atau benda yang kita suka. okay tak per kita lupakan apa yang telah berlaku semalam dan moving on moving on dengan kehidupan untuk hari ini. ok ini cerita 2 minggu lepas. abang, azmi dan iTek telah mengambil keputusan untuk mendaki bukit broga dan kemdiannya setelah penat akan berenang2 di dalam sungai tekala di semenyih sana. tetapi si iTek telah membuat perangai lanchiausan dengan melambatkan bangun dirinya lalu abang call dia seratus puluh kali tak berangkat. we have to be there basically before sunrise but a friend of mine said there is no sunrise at broga hill.

seperti biasa, abang akan menyesatkan diri dengan tidak sengajanya masuk ke jalan dan susur jalan yang ntah kat mana mana. jalan yang sepatutnya mengambil masa sejam teros la jadik sejam setengah kan? ha ha ha ha. apa boleh buat itu abang punya signature untuk setiap perjalanan. kalau tak sesat masa pergi maka akan sesat ketika balik. yang penting sesat di tengah jalan abang pasti akan pulang ke pangkalnya jua. setelah kompiyus kompiyus dan dua tiga kali buat U-turn maka akhirnya kami pun sampai. ahaaaa abang suka sebab ada rabbit punya farm kat situ. then teringat pulak kalau buat satay arnab tuh mesti best. si azmi boleh membuat statement, sapa la yang tergamak nak makan haiwan yang comel itu. boleh tak dia cakap macam tu. mwahahahaaha. teros abang bertaubat.


okeh kami pun mula la mendaki. baru lima menit kan abang dah rasa nak turun dan makan nasik beriyani. tak ker kau pitam dik. jauh perjalanan kalau ikot kilometrico tak la jauh sangat 1.7 Km saja. tapi kalau kira meter dik seribu tujuh ratus okeh. the first part tuh agak senang lah naik sebab ada trail tapi abang tak suggest untuk mereka yang berbadan besar macam abang nih pergi selepas hujan turun. kat situ tanah dia tanah merah (ekceli semua tanah bukit pun merah kan? tanah laterit wahhhhh science PMR sangat kan?). half an hour jugak lah nak sampai ke puncak tu. tapi kan rupa2nya bukit itu dalah berpuncak puncak. yang abang sampai hanyalah puncak ke 3 dari 4 puncak yang ada. bila dah sampai yang ke empat tuh abang push kan diri ke puncak ke tiga. bila dah sampai yang ke tiga abang tgk atas eh, kenapakah tak habis habis lagi puncak ini. lalu abang mengambil keputusan untuk mengelinjang sahaja di puncak ketiga ini. kalau naik puncak kedua tuh bila nak turun nanti boleh gelongsor bagai. macam menarik cuma kalau abang gelongsor maka habislah bonbon abang nih.






okay lepas mengelinjang kat atas puncak tuh dengan azmi membuat aksi kungtau akibat ketakutan kepada buhat maka masa untuk turun. rupa2nya sangat hazab nak turun especially jika orang itu mempunya berat dan komposisi badan macam abang yer. 

satu, kamu kena menurun bukit and you have to apply brake la kan. dengan momentum yang besar sebab velocity multiply mass (which one tenth of your weight) maka lagi berat korang lagi susah nak control la. 

dua, jalan menurun nih lebih mencabar sebab masa mendaki mmg pace kita slow tapi bila turun nih  laju jer. bila melalui cenuram hah rasakan macam mana ko nak step kat tempat yang selamat kan. 

ketiga, perut kau dah lapar. peluh pun dah banyak keluar. baju luar dalam dah basah. minum punya minum perut kembung dengan air tapi tak pulak boleh terkencing atau terasa nak kencing. haaa rasakan lah pemanjatan yang hebat ini! mwahahahahaha. abang cakap dengan azmi yang abang hanya akan naik sini sekali saja. sumpah tak akan naik lagi dah kat sini. so iTek you naik la sendirian berhad.



okay yang bawah tuh puncak ke-empat tertinggi dan masa nih abang dah nak menurun ke bawah. tak tinggi kan? boleh naik punya. cuma korang kena ada determination yang kuat.




setelah penat abang berehat kejap kat bawah tu dan kemdian drive ke sungai tekala. dalam 15 menit sampai. fortunately tak ramai orang. so sangat best okeh. air dia mmg lah sejuk kan dan si azmi dah menggigil2 dalam tuh. 

lepas  tuh abang ada jumpa satu spot nih kan  macam ada tempat duduk pulak dan air deras dari belah atas turun terjun ke bawah. abang pun apa lagi sebab tadik dah penat tayar2 abang nih mendaki buklit broga tuh maka abang pun mengambil kesempatan untuk duduk dan berehat okeh. terus abang feeling2 macam duduk kat kerusi ogawa. sekali tuh kan abang dengar si azmi ketawa berdekah dekah yang tak ingat punya. 



abang: hah kenapa kamu tergelak
azmi: (tegelak lagi tak ingat dunia). 
abang: ngahahahhaahaha. cilakak kau mie. ko gelak lemak lemak abang yang begetar sebab kena landa dengan air ni yer
azmi: ye abang. macam duduk kat kerusi ogawa. 
abang: ahaaaa macam gede gede gede gede
azmi: lemak2 abang bergetar tak sekata. (sambung gelak lagi).









abang suka pulak ambik gambar air dengan daun nih. flare dari matahari tuh mmg yang original tak der edit edit punya. ok abang dah perasan photographer pulak padahal abang hanyalah phototaker. 
so for a week abang gede gede gede was the tagline. mampos kan? so all in all, itu ajalah entry tertangguh buat masa ini, nanti ada masa abang sambong lagi cerita pasal bukit cerakah pulak yer. ok dengan itu gede gede gede ::BYE::

-BUAYIEKIT SUAYIENGAI-




No comments: