Ohoiiii blog,
he he he.. abang baru sempat nak update sikit cerita pasal PB nih kan. apa kebenda la PB nih apekehalnya lah abang mengelinjang sangat nak kena update cerita macam nih kan? ekceli bukan nak promo ataupun nak suruh baca tapi cuma nak kongsi sahaja. sebelum tuh nak bagitahu dulu yer, 1) abang tak jual benda nih 2) sebarang urus niaga pembelian benda ini abang tidak mendapat komisen walau sesen pun. nanti kalau abang dah terbuka hati nak meniaga benda nih abang akan bagitahu yer?
PB nih ekceli adalah jenama set pakaian dalam wanita yang nama penuhnya ialah Premium Beautiful. biasanya benda2 yang berjenamakan premium premium nih adalah mahal. mungkin la kut. abang pun pikir macam tuh jugak memula dulu. ok kalau nak tahu lebih lanjut pasal Premium Beautiful nih sila lah google kerana abang malas nak letak link kat sini. nanti ada pulak anjing menyalak kata abang nih anjing cina Hai-O la apa lah. kang tak pasal2 abang angkut dia dalam mahkamah. ok PB nih adalah 3-piece undergarment yang ada IR dan tujuannya adalah untuk kesihatan serta menguruskan badan. dia ada bengkong dan lagi dua tuh abang tak tahu sebab abang pakai bengkon (waist nipper) dia jer. 2 lagi lelaki tak payah pakai sebab satu pakai kat nenen dan satu lagi sarung kat in between your legs/thighs. kang tak pasal2 nenen abang membesar, anu abang pulang mengcomel. tak kuasa yewww!kekdahnya abang hanya pakai waist nipper, ulang suara waist nipper sahaja.
okeh ceritanya macam nih. tahun lepas kut masa raya abang g open house umah akak merah. masa tuh dia dah pakai dah dan abang notice dia dah kecik sikit masa tuh. maka abang pun bertanya dengan dia dan dia pun storry sikit. ye lah masa tuh dia pun busy agak agak la sikit kalau nak suruh dia bercerita pun. dia cerita lite2 dan selebihnya abang korek2 dalam internet. so macam macam la cerita yang keluar. sampai kan orang tuh upload gambar orang nih dan orang ni tak puashati repok kat orang sana, dan orang sinun teros la menganjing2 tak berhenti2.
ok kalau korang tgk mmg la ada unsur2 MLM tapi pergi tanya betul2 la dengan orang yang jual nih. klaau nak maki, sila la maki depan depan. abang tak pernah setuju dengan cara conventional MLM yang ada selling target. kalau tak meet the target nanti demote. lepas tuh oleh kerana nak push kita punya target kita PAKSA orang beli. then kalau nak menjadi kaya raya kena ada downline. kalau tak der mati keras la kau kat situ. tapi dengan PB nih tak ada konsep macam tuh. since abang pun belum lagi berminat nak menceburkan diri so i skip this part. korang pergi la cari sendiri yer. again i am not promoting the MLM ker ataupun promosi penjualan sebab abang tak dapat sesen pun. ini lillahi taala share the story pemakaian waist nipper nih.
so dalam masa setahun jugak kut abang ambik masa nak beli waist nipper nih. ok soalannya adalah kenapa abang beli waist nipper nih kan?
(i) abang selalu duduk kat kerusi berjam jam lamanya. no matter how ergonomic the kerusi, badan kita tetap akan sakit sakit kalau duduk terlalu lama especially tulang belakang kita. since abang buat programming kadang2 abang kena duduk seharian kekadang meniarap kalau belakang dah start sakit2. buat programming nih kan macam terberon (kata kasarnya terberak). kalau dapat idea tak boleh dah tunggu tunggu. giler kau, kalau nak terberak kau kemot2 tahan. kau ingat rektum tuh boleh ikat2 macam belon? dan bila ko berak kan dik, dia tak boleh 'eh nak berenti la kejap. esok sambung berak'. tak boleh okeh. kau akan addicted sampai la badan dan kepala hotak kau letih. sebab tuh programmer kan biasanya terkelepet sikit otaknya dan selalu nya nerdy lah. ngahahahaha. so abang selalu sakit belakang maka abang pun mencari2 la apa benda yang boleh menyokong tulang belakang.
(ii) abang sebenarnya adalah bongkok. bukan lah macam itu the humpback of notredam. tapi kalau orang kampung cakap bongkok sabut. bongkok yang tak kronik lagi lah. jadi dengan usaha (hanya Allah jua lah yang boleh menyembuhkan apa jua penyakit) yang sedikit ini abang berharap bongkok ini tidak la menjadi lebih kronik. tapi abang paham ada orang mmg suka kalau kita yang bongkok ini teros bongkok dan nanti bila dah kronik maka kita akan dibongok kan. kau ingat abang bodoh macam kau. ha ha ha. sebab tuh abang pakai waist nipper nih. nak memperkasakan tulang belakang nih.
![]() |
Process Penerangan oleh akak merah and her friend. I requested them to explain to me diorang TAK PAKSA okeh. |
(iv) abang pakai waist nipper tujuan utamanya bukanlah untuk kurus. that was why bila akak merah ukur perut abang, perubahannya tak banyak abang tidak kecewa. tujuan asal abang adalah untuk kesihatan. tapi bila kau nip kau punya perut kan dik, of course kau makan sikit. lagipun abang dah ternak lemak nih kan lebih 30 tahun tau! kau ingat dalam 3 hari atau 3 minggu kau boleh kurus serta merta? anyway, abang dah boleh pakai kancing yang ketiga dengan selesanya okeh. maka ada perubahan la kan walaupun sikit?
(v) kenapa PB? sebab PB nih dia punya set datang dalam 3 separated piece. maka abang boleh pilih nak beli waist nipper sahaja! tak payah nak beli harung satu karong. maka i just spend 1/3 dari harga total. tapi kalau perempuan korang kena la beli satu set (ini bukan promo atau paksaan yer!) sebab kang tetiba pinggang kau kecik ramping nenen dengan punggung besar. dah rupa bulldog pulak. by the way, pengurusan badan ini bergantung kepada orang perseorangan tau. ada yang cepat ada yang lambat. bukan boleh pukul rata. kalau kau dik, ala2 pakai dan kemdian hentam nasik berpinggan2 tanpa senaman, lambat la sket nak dapat kesan yang diinginkan.
okeh apa kesan dan akibatnya pemakaian PB waist nipper ini? alamak abang nak kena g jusco lah pulak membeli belah bahan makanan. kat bilik dah habis. nanti abang sambung lagi yer?
okeh i am back. eh nak cerita sikit lah. tadik kan abang pergi jasko cheras selatan tuh kan tapi abang sesat tau. last2 sekali kan abang teringat heyyyyyyyyyy kat taman equine pun ada jasko lah! apa kejadahnya la abang pergi jauh2 alam tuh sesat barat tau. pas tuh abang pun lapar. lalu abang pun pergi beli kepsi (KFC). haaa dingdong dingdong alexander! abang dapat extra ciken dengan hanya menghadiahkan senyoman maniews abang ini./..ehhh.. nanti la cerita kat entry lain. ini cerita tak der kena mengena pun kan? ha ha ha.
okeh mari kit sambung sikit lah. ok apakah kesan selepas 2 minggu pakai. so far kan
(i) abang boleh duduk mengelinjang kat kerusi lebih lama. itu bermakna abang boleh mencari pasal dengan lebih ramai orang lain dan orang lain tak pasal pasal kena carian pasal dengan abang pulak. alhamdulillah i would want to thank allah for opening my heart buying this waist nipper. although the slimming part isnt that much but the support that this waist nipper gives, is the best!
(ii) masalah bongkok yang bongok tuh tak la selesai immediately atau mungkin la tak akan selesai tapi sekurang2nya ada preventive measure yang abang buat. ada kawan kawan yang cakap sekarang jalan dah agak tegak. alhamdulillah lagi. mak pun cakap abang jalan ada confidence sikit. nenen pun tak besar memoncong ke depan. ha ha ha ha.
(iii) ada kawan tanya, kenapa abang pakai PB waist nipper tapi muka abang tak hensem hensem jugak. hello incik, ini waist nipper pakai kat perut tau. kalau abang pekapkan waist nipper nih kat muka abang kemdian ketatkan tali tali kat belakang tuh pasti muka abang terus berubah macam Ricky Martin. agak agak la sikit kan. pakai kat perut alih2 muka pulak yang hensem. ini bukan bengkong ajaib dik.
tiga hasil yang abang sebut kan tu mencukupkan apa yang abang expect waist nipper nih buat. abang masih skeptic yang PB alone can slim ME. i repeat abang tak rasa yang abang boleh kurus dengan hanya pakai PB (kalau orang lain abang tak tahu lah. lagipun keberkesanan ni berbeza dari sartu individu to another individu). but wearing PB and then exercise surely escalate the fat burning. ada review yang cakap kalau tak exercise pun tak apa but i think i have different opinion. mmg IR boleh buang toxin and fats whatnot tapi sebagai manusia kita kena gerak2kan jugak muscles kita dengan exercise. exercise nih walaupun sikit ada kaitan jugak dengan development of bones and coordination dan macam macam lagi lah. manusia ni sangat complex sebab tuh sampai sekarang tak ada single ubat yang boleh replace meal kita kan?
![]() |
| akak merah and i, we love to eat. jumpa jer makan, makan jer jumpa. |
okay itu jer dulu abang boleh share kan. right now i think i am living an enhanced life sebab PB brought me step further in good living. mana tahu kan lepas nih abang nak meniaga pulak. he he he. boleh lepas nih pergi holland perth bagai. sapa nak kasik okeh.
okay untuk kali kedua... ::BYE::
-BEUAYIETIAYIEFUL-


No comments:
Post a Comment