Tuesday, July 26, 2011

Makan Makan: Ramadhan Buffet Food Tasting @Vistana KL

ohoi blog, 
on sunday kan abang tidur lewat tau. lepas subuh baru abang tidur. maka benarlah apa yang disabdakan nabi orang yang  tidur lepas subuh nih kan tak murah rejeki kerana di tengah harinya abang mendapat panggilan telepon yang mengajak abang makan tgh hari. ini kerana (apakah bahasa skema ini??) kawan tuh katanya nak berenti dah dari jabatan kitorang dan menjalani pengajian PhD di satu universiti tempatan. kalau tak silap dia belanja pizza. tak pasti depa makan kat luar ataupun makan kat jabatan sahaja. sehingga entryini ditulis belum ada gambar. kenapa ehk abang tetiba nak kena update cerita maha tidak bermoral ini? 

abang dengan mamat nih tak rapat sangat pun. kalau nak diikutkan nama betul dia pun abang tak tahu. sepanjang perkhidmatan kami, ada la kut 15 menit total abang bercakap dengan dia. dia pun ala ala jer dengan abang tak tahu la kenapa kan. kadang2 ada orang yang first impressionnya pun kita dah menyampah dan malas nak bercakap walaupun orang tuh tak buat salah. fyi, abang try la ber-friendly dengan dia tapi bila dia dah macam ala ala jer ngan abang, eh tak apa lah banyak lagi kerja yang aku nak kena buat dari nak berborak dengan kau. then one of our staff members update status dalam FB dan abang dengan bongoknya pergi comment kat situ konon2 nak mintak belanja on the next day. ha ha ha. ko tahu dia jawab apa dik,  sekali seumur hidup je belanja.. dah tak der lagi pah nih. aiyo dik, perlu kah kau menjawab macam tuh dengan abang dik. tidak kah kau ketahui abang ni meriah dengan pemakanan makanan.since dia pun dah nak blah maka abang rasa tak payah la nak amik port sangat pasal dia nih sebabnya petang tuh abang makan kat hotel okeh. bukan pizza semata mata. fyi sekali lagi yer, abang tak pernah nak meriak bongkak tau tapi kan orang suka suruh abang berbuat begitu. seolah2 macam depa tak puas hati kalau abang tak bercerita macam nih. tayik kucing tau korang. 

fiera invited abang and co untuk pergi ke vistana punya ramadhan food tasting. lepas pakai PB nih abang kurang memakan lah. tak macam masa kat pangkor dulu. boleh buat marathon 3 jam. kat sini 4 pinggan jer abang mampu makan. crowd yang hadir mmg  ramai, dan makanan pun boleh tahan la selection dia walaupun tak la sehebat macam kat jagoya ataupun kat shogun kan. ada jugak lah sorang dua la makhluk allah yang macam tak pernah mentekedarah buffet suka suka hati dia nak cut the Q kan. lepas tuh ada sorang aunty nih siap boleh cakap kuat2 
That is the problem with men, they have too many heads! (yesss we knew what she meant la kan!!)
dengan kuat nya yer dia bercakap. then abang follow dia, nahhhhh dik oi, dia amik makanan macam dia baru balik dari somalia. so akak ar, let me tell you this lah to you, 
kakak, this is your problem being a woman tau (exclusively for you yer. perempuan lain tak terlibat). you have two mouths to feed. mulut atas and mulut bawah and that is why you amik makanan berpinggan pinggan bikin malu aja.

this invitation was free tau. kiranya vistana belanja la and in a hope we will do the promo and make a come back. insya allah i will come back  nak bawak mak dengan adik abang nanti. oleh kerana free tak payah la ko nak berkira makan sampai cukup harga buffet nih. you should taste and menghayati makanan tersebut. amik sikit2 dan rasa semua. walaupun abang tak puas hati dengan adik yang jaga kambing panggang tuh kerana dia bagi sikit jer (hello tuh kambing bukan kau punya  tau adik!) tapi kan abang kena paham lah yang ini hanya promsi sahaja. dia suruh kau rasa sikit dan nanti kalau nak lagi heyyyy datang lah lagi dan kali ni kau bayar sendiri.

abang makan 4 pinggang jer. appetizer abang skip lah. terus ke main course iaitu nasik dan lauk pauk, yang best ada ulam ulaman! then abang makan satay dan ada jugak kuey teow. kerang rebus dan sup daging. eh mmg best lah. nasik kandar pun ada, nasik beriyani and nasik putih. desert dia pun best. he he he abang hentam ABC dia 2 mangkok. tuh kut yang buatkan abang kenyang. so kau orang rasakan abang hadap tak makan pizza yang hanya mampu dibelanja sekali seumur hidup? perlu tak abang menghadap sebegitu? tak la kan.

okay sekarang abang nak seriously komen pasal makanan dan ambiance makan kat sini yer.

Ambiance (8/10)

(a)  suasana kat sini best. lightly decorated dan tak serabut. tapi susunan meja dan kerusi pihak management kena bagi perhatian lebih sikit sebab antara meja abang dan meja yang berdekatan bila kita tarik kerusi nanti ada yang terblock jalan. orang malaysia nih kalau terlanggar sikit nanti dah buat macam macam bunyi dan tarik tarik muka. kang tak pasal2 abang hangkut orang2 macam tuh dalam mahkamah i will sue you bagai. so kalau nak susun meja, keluarkan kerusi dan test dengan seorang berjalan. kalau terlanggar sila jarakkan sikit. semalam abang ada terlanggar few ppl jugak and of course la i apologize.

(b) ok yes it is ramadhan and it is berbuka puasa. lagu pun mesti islamic. yes they played all this islamic nasyid including maher zain barakallah. erkk isnt that nasyid untuk perkahwinan? it isnt a big issue but can you look into it? just a suggestion lah kan. nanti pak arab datang makan ingat ada orang kawin pulak. tak jadik depa nak berbuka puasa.

(c) i like bila management pisahkan tempat ambil makanan jauh dari meja makan. sebab ini boleh mengelakkan congestion. pintu untuk keluar  masuk juga luas dan tak ada issue nak berlanggar unless ko buta dik atau gelojoh. tapi, perhatian untuk orang gelojoh, di sepanjang meja hidangan tu kat lantai dia ada longkang or i would say uneven level floor. kalau kau pakai kasut tumit tinggi kemudian hadap nak chedoq makanan takot habis kau berlari kesana kesini you have a large opportunity untuk tersembam. to the management, you should put signage lah beritahu sini ada longkang kecil dan hati hati. kalau orang malaysia tak apa lagi lah kalau tergolek. kalau pak arab? haa nanti dia mintak complimentary bukak posa sebulan kat hotel korang. tak ker haru. my suggestion bubuh signage yer atau kau cover teros lah longkang tuh.

(d) okay ini kat meja roasted lamb, susunan tak betul dik! kuah datang dulu sebelum orang ambik daging kambing. apa nih?? abang tak belajar makan macam tuh. ko kena bubuh daging dulu then baru dia punya sauce tau. the sauce pots should be placed AFTER orang sudah ambil daging kambing tuh. sebabnya ada yang ambil daging dulu then reverse semata mata nak ambil sauce nahhhhhh dah jam pulak. ada go head gostan. ini boleh menimbulkan kemarahan kepada orang yang beratur dan yang kelaparan.

(e) kat meja satay pulak yer. abang pun tak tahu la apa kesnya. abang tgk satay ada jer satay daging dan ayam tapi ada orang beratur berdiri kat situ. kuah pun ada. so boleh tak, officer korang yang berjalan mundar mandir macam ayam hilang anak, berhenti sekejap dan TANYA akak2 nih kenapa dia jadik patung cendana kat situ. it was so disturbing tau. kalau dia saja2 nak jadi model kat situ ada baiknya korang suruh dia masuk dalam pool tuh buat renang  berirama kerana mereka memblock orang lain yang nak mengambil makanan. kalau kau nampak mana mana orang yang blocking tuh sila sila la tanya. mana tahu nnt depa bagi good remarks boleh dapat duit raya okeh. konsepnya malu bertanya, tak dapat duit raya. ha ha ha.

Makanan (8/10)

(a) untuk harga yang ditawarkan dengan selection makanan yang ada, abang sangat2 setuju dengan brandon 'value for money'. and yes abang akan kembali dengan mak dan adik abang. presentation dia pun not bad. abang suka meja dessert tuh. sangat suka suki lah abang mengambil gambar. ha ha ha.

(b) makanan kampung ada, mamak style, roti jala ada so malaysian style. pasta pun ada tapi pada pandangan abang agak kurang menarik lah pasta dia. kalau tak silap ada 3 jer kut sajian. kalau boleh korang tambah la sikit lagi. buat la pizza ker apa ker. budak2 kecik mesti suka. cadangan jer. kalau tak relevan tak apa lah.

(c) adik yang jaga buat ABC tuh sangat best. dia tanya portion of ice dan ingredients yang kita nak bubuh. abang sangat suka dengan dia. tapi tak pasti pulak nama dia apa. kalau korang letak dia kat situ abang kompem ramai orang akan senang dengan dia. lagipun bila abang ucap terima kasih dia akan reply sama sama. tak macam adik jaga roasted lamb tuh yer. abang tak suka dia. ada sorang angkel cina mintak dua portion la sebab dia nak share boleh pulak dia buat muka. ala dik oi, itu lamb bukan kau punya tau.

(d) since makanan korang nih sedap, maka cepat jugak lah habis. boleh tak korang tengok2 regularly apa yang habis apa yang tidak dan replenish seadanya. ok lah ini mungkin promo kan tapi kalau korang tak replenish dan tak tambah dengan cepat, impressionnya apa yer? mesti la kurang baik. i believe ini bukan kali pertama korang buat buffet dan korang pun sedar benda nih akan berlaku. so find a way to resolve this issue okeh. abang tak suka rebut2 makanan menyedari makanan akan habis dan tak ditambah lagi. sooo stress you know kalau makan sumbat2 macam tu.

(e) most importantly is, makanan dia sedap. abang suka!! kalau orang lain tak suka itu orang lain punya pasal lah. ha ha ha.


Anyhow, abang nak ucap terima  kasih dengan fiera yang  invite kitorang nih. we were introduced to Nur yang sangat cool! she's rawkkkkkk! ha ha ha. perangai pun gila gila macam kitorang. delapan belas menit borak dengan dia macam dah lama kenal okeh. 
okay itu jer dulu. in conclusion, apa sangat la pizza yang sekali seumur hidup tu kan? jangan sombong2 la dengan abang. kalau abang jadik kau abang jawab ' boleh jer.. nanti kita set satu date makan ramai2 lagi'. kalau kau nak tahu date itu tak akan datang yer sebab.... alahai abang tak hadap belanja kau lah okeh.

THANKS FIERA!!!! we lap you so much.

-BUAYIEFFET BUAYIEA-

No comments: