Thursday, October 09, 2008

LaaAaaAA: Dah Seminggu kat Sinih

Blog,
Dah seminggu aku kat sini rupanya. untuk permulaan di tempat baru mmg agak susah dan janggal. tapi yang paling penting pada aku adalah berapa cepat atau lambat kita beradaptasi. di sini semuanya pantas. barulah aku paham apa yang Mr Markham of Hull cakap dulu yang dia kata kat KL nih agak slow semuanya. di sini mereka yang berjalan kaki sama lajunya seperti orang kita berlari. maka aku dipaksa menjadi pantas dan cepat. mmg canggung. yang peliknya, ada beberapa perangai negara dunia ketiga yang dilakukan oleh mereka dan dalam beberapa segi orang kita adalah agak lebih baik.

Blog,
jauh aku berjalan dan banyak betul pemandangan yang betul dan tidak betul yang betul betul membuatkan aku rasa bersalah betul. paham tak blog? tak paham?? tak per sebab aku sendiri pun tak berapa nak paham! di bumi asing, kita adalah orang asing itu dan bahasa yang digunakan di sini betul2 membuatkan aku spt berada dalam kalangan makhluk asing. dengan sebutan baku manglish aku ini, aku pasti ramai penduduk setempat akan gelak tertunggeng tempayan kerana aku menggunakan bahasa buku. tak mengapalah, aku akan cuba dan berusaha. mereka di sini amat 'malas' bila bercakap. contohnya perkataan ' whatever' hanya disebut ' wukva' dan ' waterloo' sipi sipi bunyi spt ' waklu'. 7 hari dan aku hanya berharap hari hari yang akan datang menjadi lebih baik.

Blog,
adalah penting untuk mempunyai kawan2 yang supportive dan positif. mereka mampu memberi sokong ketika rebah. oh pastilah ramai yang bertanya ' eh you kenal la si klorok tu. dia pun dari UPM" . dan aku menambah, bukan sahaja dia dari UPM tapi dari satu jabatan. bukan sahaja dari satu jabatan tapi dia pernah bertandang dalam bilik office aku berbincang tentang research proposalnya. hasil persahabatan itu?? inilah yang disindirkan oleh orang tua melayu, bagai kacang lupakan kulit bila senang seperti enau melepaskan pucuk. tapi ini hanya exclusive kepada klorok yang aku sekarang tarafkan dia sama seperti binatang. dia tidak layak dan tidak akan mungkin layak menjadi kawan aku. beberapa hari yang lepas, dia ada menegur aku dalam YM. tanya dia, aku sekarang duduk di mana. dan jawab aku, " since when you care". beraninya dia menjawab " wassup with the hostility" . dan dia mmg layak kena carut dengan aku! akhirannya aku menyuruh dia membuangkan nama aku dari senarai nama kawannya. dalam beberapa hal, tempat dan keadaan, sekiranya kami bertembung aku memberi amaran kepada dia bahawa kami adalah orang yang asing yang tidak pernah kenal. mujur, bidang kami adalah berlainan maka peluang untuk bekerjasama adalah amat tipis.
aku tidak bimbang sekiranya aku terpaksa bertugas dengan dia di kemudian hari. dia lupa yang aku, adalah lebih lama telah berada di jabatan. dan dia lupa yang aku adalah pelakon lelaki (bukan pelakon tambahan sutera maya yer) terbaik yang akan mengajar dia bahawa langit yang dijunjung adalah tinggi maka tidak perlu dia meninggi diri. melayu di kota ini rata2 adalah self-centered, tak ubah seperti enau tadi. aku, akan menyangkal pendapat dan persepsi itu. bangsa lain? cina??? mereka mampu mewujudkan chinese society di Imperial College. patutkah aku cemburu dengan mereka?? tidak! aku akan insya allah cuba mencontohi mereka. seperti selalu yang aku cakapkan, mereka ini rata2 bukan islam, tapi melayu yang islam, lebih ramai yang berperangai spt tidak beragama! tak perlu argue dengan aku, kerana aku telah lalui dan ramai yang telah melalui. aku tidak mahu mereka yang selepas ini susah seperti aku.

-sambung lagi-

aku amat amat berterima kasih dengan pendi. pada hari aku sampai, pada petangnya, sampai pula seorang lagi kawan bernama Yusran. pendi dan yusran adalah dua orang makhluk tuhan yang banyak mengajar aku tentang kehidupan di kota ini. yusran belajar di daerah yang agak jauh dari kota ini. tempoh perjalanan dengan keretapi sahaja sudah mencecah 3 jam. mereka mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih jimat lagi menjimatkan, gigih dan menggigihkan serta menjadi orang yang berserdehana. hari hari yang awal sesampainya aku di sini, aku agak tertekan. jadi mereka membawa aku berjalan2 untuk mengurangkan stress itu. agak banyak juga kawasan london yang telah ku rayau. gambarnya nanti bila senang akan aku upload. pada aku, bukanlah penting sangat pasal gambar tu pun. yang penting adalah permualaan PhD yang mmg tidak mudah langsung dan aku sekarang dalam rangka untuk melepasi MPhil mini Viva. salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan menerbitkan penerbitan teknikal sebanyak mungkin.

-Encik Fa(T)b Berbuih Buih Telinga Mendengar orang Landen Berkecek-

4 comments:

Aina@Azila said...

Wahhh..dah seminggu yer, tak per...tak lama lagi awak balik, sleng dah lain laaa.

Tried to wish u heepy hari raya pd 1st raya, tapi tak dpat.

Dok kat negeri orang tu baik baik yer. Bak kata M. Nasir, "masuk negeri orang bawa otak bukan bawa kapak...".. Bawak minyak cap kapak tak per, boleh sapu bila sikit kepala..hihihi

mama said...

alop2... jgn tensen2. enjoy ya!!! All the Best Dr. Azrin :)

azlissani said...

alhamdulillah, walaupun kami dikategorikan uni kecik yg tak pandai berbahasa mat salleh oleh YB LKS, namun ku berbangga mempunyai kawan dan rakan sekerja seperti pendi yg mempunyai luhur budi yang tinggi. Insyaallah kami yg dari uni kg ini akan sentiasa membantu dan terus membantu (tapi ada jugak yg seangkatan dgn mr klorok tu ~ di leeds).

kalau berkunjung ke birm, sampaikan salam aku pada aziman, sheffield ~ sungguh ramai disitu, aberdeen ~ akhtar, Liverpool ~ Onn, cranfield ~ fahmi, khir dan ramai lagi di UK yg tidak teringat oleh ku...

Makji Esah said...

Cik Fab Buku, tu cockney accent lah..bukannya malas bercakap.

Tunggulah bila you jumpa set-set Liverpudlian/Mancunian/West Country/Geordie/Welsh/North South Irish accent yang bunyik eh geh cilako tu...

Have you any UK simcard yet? Eden balik on the 21st...dah gomok and itam logam dah ni...

Jgn lupa minta student photocard for Oyster taw..ekau dapek diskaun..