Monday, October 24, 2011

Berubah: Antara Istiqamah dan Wasatiah ada yang Susah

ohoiiii blog,

Kalau nak dihitung dosa memang tak terkira. bila mana dikenakan ujian kita rasa ingin melakukan  perubahan.

soalnya, ikhlas kah atau hanya mahu melarikan diri dari kesusahan yang menimpa? kemudian bila sudah terlepas dari belengu kesusahan, kita kembali mengabaikan apa yang telah diperintahkan?



sehinggalah ditimpa kembali dengan ujian maka bergegaslah kita sujud mencari Tuhan. seolah olah kita memperolokkan penginsafan.

Berubah memang susah terutama dari pandangan zahir manusia. jelas sahaja pengucapan mereka kepada kita 'ah dia itu orang yang berdosa, pernah berdosa dan akan kekal berdosa'. terus akan melunturkan wibawa, terhenti dan kembali ke lembah noda.

kerana itu pesan yang tua (i.e bonda), perubahan jangan dizahirkan pada kaca mata manusia. biar sederhana tapi berterusan kerana itu lebih dipenuhi dengan banyak kebaikan. Perlahan lahan supaya tidak mudah semangat dijatuhkan.

Berubah, ke arah kebaikan biar sedikit tapi berdoalah agar kekal. Berubah kearah kebaikan bukan mudah kerana jalannya ada nista cerca dan sejarah hitam yang menjadi bangkai penghalang. Ikhlas dan tetap dengan pendirian dan tidak menghiraukan apa yang dikata dicerca mahupun janji janji yang mengancam. Kerana Allah Maha Mengetahui dengan setiap ujian itu datang kesenangan yang tidak tersingkap dengan hijab keterbatasan pemikiran manusia.

Berjalan terus, semoga jalan itu adalah jalan yang mustaqqim.

-LUAYIERUS-

No comments: