ohoi blog,
penyakit dalam kehidupan manusia ni berpunca dari 2 perkara.
satu, dari perut. perut yang tidak dijaga kesihatannya akan menyuburkan penyakit lapar iaitu tidak pernah puas dan tidak pernah kenyang. dengan kata yang non-fizikal, tamak dan haloba. orang yang tamak tidak akan bersyukur dan orang yang tidak bersyukur adalah punca kepada segala permasalahan dunia. perut juga sumber kekuatan syahwat. makanan yang tidak dijaga memasuki perut peperangan dan pergaduhan berpunca dari manusia yang mempunyai perut yang tidak tahu puas.
kedua, dari lidah. lidah yang tidak dijaga kesihatannya akan menyuburkan penyakit yang paling berbahaya. lebih bahaya dari mana mana pedang yang paling tajam pernah diasah di muka bumi ini. dari lidah yang berpenyakit ini bercambahnya pembohongan, fitnah, umpatan dan adu domba. mengada ada kan cerita, mencari cari kesalahan dan membuka keaiban manusia. peperangan dan pergaduhan berpunya dari manusia yang tidak tahu menjaga organ dalaman yang tidak bertulang ini.
dari keduanya juga boleh memberi masalah, mendatangkan masalah dan adalah permasalahan.
-LIAYIEDAH PEAYIEROT-
No comments:
Post a Comment