Friday, October 21, 2011

Buruk Sangka Memang Buruk~

ohoiii blog, 

few weeks ago kan abang punya stock kopi dah habis. jusco terdekat adalah di cheras selatan sana ataupun kat puchong. so abang pun pergi lah ke the mines yang ok ok lah. kat situ cuma ada GIANT. cari punya cari kopi yang biasa abang minum sekali tak jumpa. cari lagi cari gali akhirnya jumpa tapi botol kecik 100 grams. ala Necafe Gold jer abang mampu minum selalunya. then tiba2 mata tertancap tgk satu lagi kopi. kopi cap davidoff deknon, 100 grams jugak tapi mahal lagi 8 ringgit dari kopi biasa abang minum tuh. oleh kerana nampak macam grand maka abang pun beli la dengan beranggapan yang kopi segera itu pastilah rasanya lebih sedap. 


ini lah rupa kopi  mahal yang tak la mahal sangat
tapi mahal la jugak. harap rupa bentuk jer
lawa tapi rasa, masya allahhh~! lawas sangat!

lepas beli, maka bersegeralah abang mengelinjang balik ke bilik. neskepe gold masih bebaki lagi. abang tak pandang dah la kopi murah tu kan? chedok chedok, curah curah, kacau kacau abang pun minum.. puiiiii, tersedak okeh. rasa dia adalah... biasa walaupun kat luar karung botol tuh dia tulis rich aroma. abang rasa kopi murah abang lagi sedap! bekas dia mmg la cantik tidak ada tolok dan bandingan. kalaulah abang tahu begini rasanya, sumpah abang akan membeli kopi cap kapal api sahaja, tapi barang yang dah dibeli dan dibuka tidak boleh dikembalikan. maka insaf lah abang sekejap selepas minum itu. membiarkan sahaja kopi itu sejuk sebab adik abang cakap kadang kadang kopi mahal nih ada 'hot taste' dan 'cold taste' tapi tak pasti la tasting2 hot nak letakkan abang dalam 'restricted friend' ala2 i rasa apa pun berlaku tidak ada yang berubah tapi i rasa you layak duduk dalam restricted friend list i. boleh macam tuh deknon. merasa lah abang mengremovekan diri abang dari facebook dia sebab malas nak memanjangkan pergaduhan bangang ini. eh hello ni cerita apa?? tak baik marah marah di hari jumaat kan? kopi mahal (tak la mahal sangat) yang sejuk ini rasanya macam kicap jer. adoi laaaa. lepas minum abang beristighfar banyak banyak kerana kalau ikotkan marah bukan sahaja mug itu akan bercerai dari tangkainya malahan botol kopi itu pun akan menyerakan biji2an kopi yang dikandungnya. 

kopi murah tapi minum kat kedai lah. he he .

moral of the story jangan buruk sangka dengan benda yang murah dengan beranggapan yang mahal itu lebih baik. kadang2 makan dan minum ni sangat bergantung kepada perasaan perasan lidah masing masing. lidah abang nih pelik sikit kot sebab ada jer kawan abang cakap kopi ni sedap. barangkali abang nih mmg set2 murahan la kan? ok ada satu lagi cerita pasal perasaan buruk sangka. 

pagi tadi kan abang ingat ada jemaah buat sujud sajaddah tapi tak ada rupanya. lepas tuh kan, habis selesai semua abang pun pandang la kiri kanan dan sekali abang nampak satu kelibat manusia kimpahkimpalan. eh abang rasa macam kenal walaupun abang tak pernah bercakap dengan dia. dia nih kan abang pun tak tahu la apa salah dia sampai abang macam tak suka. macam abang cakap dulu lah kadang2 first impression pun kita tak suka orang  tanpa sebab yang munasabah. pagi ni tadi hujan sekarang pun masih renyai2 masa abang masih menulis nih. budak ini kan suka pakai seluar pendek. kadang2 kan kalau masuk satu lif dengan dia boleh dia bukak baju dia dan perut gedegedeweeee tuh melendut sampaikan kalau seluar jeans dia boleh bercakap pasti seluar tersebut minta ampun dengan dia jangan diseksa. mungkin sebab tuh abang tak suka kat dia kut? dia nampak poyo. tapi kan, di pagi yang hening yang mmg sedap untuk tidur nih, dia ada dalam jemaah nih dik. so how? abang rasa sangat berdosa okeh dengan dia. tapi kan abang tak pernah la mengata dia apatah lagi nak mencarutkan dia kat dalam facebook kerana abang pun tak add dia dalam facebook. ha ha ha. bodow sangat tau ayat tu kan? ha ha ha. ok abang mmg bersalah kerana bersalah sangka dengan dia. abang yakin yang dia selalu turun join jemaah pagi pagi nih cuma abang jer yang tak tahu sebab kekadang sempat kekadang tak sempat nak join derang. maka berasalah lah abang sebab abang bersangka yang dia nih budak yang jahat dan tak der displin punya orang. ouh keji sungguhlah perangai abang macam nih. 

by the way, raya haji minggu depan. abang baru perasaan perasan. itu pun sebab budak jabatan abang dah bising2 nak amik cuti. ya allah boleh kan macam tuh perangai abang. agak2 kalau orang tanya abang bulan bulan islam boleh tak jawab?? terkedu kan lidah? selama 32 tahun dihidup, 28 tahun mumayiz, 22 tahun baligh, dan beberapa tahun bekerja ada few times jer yang abang terasa nak pergi mengerjakan umrah and then haji. everytime abang cakap benda nih dengan mak kan, mak mesti nangis. dia cakap macam mana nak pergi dengan abang, sebab abang suka gado2 dengan orang (hello mader, orang yang suka gado2 dengan abang tau) dan itu dah dikira memutuskan silaturrahim. macam mana allah nak terima pengerjaan haji ataupun umrah. kadang2 termenung jugak. bila nak berubah jadi pemaaf kan? atau korang korang yang terbaca nih boleh doakan sama kut? 

okaylah sekarang pun dah kul 8 pagiks. abang permisi dulu lah nak p office. bye~!

-PEMAYIEAFF-



Posted by Picasa

No comments: