Thursday, October 06, 2011

Pak Persian, Pintu Rongak Dan Selipar Annoying



ohoiii blog, 

hari nih abang nak meluahkan perasaan perasan sikit pasal pak persian yang dah semakin friendly pulak dengan abang. masa kat imperial college dulu i was informed that i exhibited an anti social trait iaitu hi-bye dengan kawan tapi tak bercakap banyak. kalau in a conversation they said i am a keen listener sebab ada expression pada mata tapi mulut tidak berkata kata. apakahhhhh description sebegitu? sangat keji kan abang. macam mana la nak maju kalau malu malu.

ok kisahnya pak persian nih bercerita dengan abang. masa tuh abang kat toilet tgh gosok pagi hari sabetuday tempoh hari. hello abang terpaksa memendekkan tempoh penggosokan gigi semata mata nak  memberi response kepada dia. abang tak suka okeh **matiklah abang mmg anti social!. dia cakap yang duit dia MYR 50 hilang dalam bilik dan dia suspect yang ada budak2 or pekerja am rendah yang masuk. katanya dia tak mungkin salah sebab dia keep the records apa yang dia belanja dan setiap 3 hari sekali dia akan update account dia. kelas kan? abang rasa kawan accountant abang pun tak buat macam tuh. dia meluahkan  lah  all the frustration whatnot sebab dia cakap layanan kat sini agak teruk. ermm dik oi, sini hostel tau bukan hotel. dia bagitau abang yang pekerja  masuk without noticing him first via letter or at least ring him so that he can go back to his room. yang ini kan mmg dah termaktub dalam rules hostel yang abang duduk nih pihak management boleh masuk dengan pengawasan pada bila bila masa. and i think kalau ada barang hilang, you suspect pekerja yang buat you can lodge a police report and contest in court. kalau lima puluh ringgit agak2 worth the time and hatred tak? tapi betul jugak cakap dia, satu bilik MYR 50 kalau banyak banyak bilik dah berapa kan? itu satu penyangak, kalau banyak banyak penyangak? 

tetiba abang stress dengar cerita dia sebab kan.. bilik abang pintunya berlubang!!!! ha ha ha ha. it was last year when the door knob didnt function as it should. angin kuat giler masa tuh dan pintu nih terhempas. masa tuh abang kat luar bilik sidai baju yang baru lepas basuh kat dobi. hah merasa lah masuk2 kan kunci, putar punya putar sampai bengkok kunci tuh. nak tak nak abang  terpaksa la pecahkan door knob tuh sebab abang tak boleh masuk. bukan sebab abang tinggal kunci. abang bagitau dengan reduan, dia cakap tombol tuh pun dah lama. mmg dah nazak tapi tak sempat tukar. i asked him to tukar, nahhh sampai sekarang tak tukar. dia pun busy and abang pun ok jer. malas nak menyusahkan dia. cuma kan, kalau abang tgk movie kan, abang kena pakai earphone kalau tak dengar sampai ke luar bilik. pas tuh nanti pak persian nih akan complaint la abang tgk movie kuat sangat sampai dengar kat bilik dia. mak aihhh dia nih telinga lintah ke apa? jadi abang tak boleh nak berkaraoke sesedap rasa kat dalam bilik lagi dah. stress abang okeh. pak persian nih baik tapi dia punya expectation tuh mmg tinggi lah. ouh by the way abang suka dia sebab tiap2 kali bertembung dia akan say hi to me dan menjadikan abang sedikit tidak anti social lagi. ha ha ha ha. dia pun suka bagi makan kat kucing so kami bersama sama menjaga kucing stray kat sini! 

okeh ini selipar yang amie kasik kat abang as a souvenir masa dia pergi bandung. mula2 mmg sayang nak pakai tapi selipar abang putus buat kali pertama di sungai tekala, kemdian berjaya diikat. kemdian putus kali kedua rabak terus. jadi abang terpaksa pakai selipar ini. sayang okehhhhhh! sebab kalernya sangat sexotic. bila pakai abang rasa sangat sexy! **ok ini melampau yang boleh kena penampau**. kalau sipar nih kena air kan lepas tuh abang jalan dia akan mengeluarkan satu bunyik, eh ekceli banyak bunyik, yang squeaking2 gitu. seolah2 abang ini sangat berat sampai sipar tuh macam terhencet hencet mengeluarkan bunyik hazab. bila lalu kat corridor bunyi2an itu diamplifykan berkali ganda seolah2 sangat azab abang mendera selipar ini. 

the abuse of bunyik nih berlangsung selama 7 hari dan ekceli abang tak dengar sangat sebab abang pakai earphone kan. mampus tak tahu apa yang berlaku sangat. ha ha ha. ini trait orang anti-social. concealing the hearing and listening to what one wants to hear only. so on the eighth day, pak persian nih menegur abang yang bunyik selipar ini sangat irritating esp semasa pagi jam 6 (ye bila amik air semayang mmg sipar ini akan basah dan tak sangka pulak bunyik dia begitu teruk sebab abang  tak pakai earphone and i could listen clearly la the bunyi kan?). yang bagusnya dia tegur abang dengan sangat berhemah tau. dia tak serang2 dan mencarut2 abang bagai. dia siap dah belikan selipar extra in case abang tak ada sipar lain! mak aihhhhhhh abang terasa terharu dan nak terguling2 menanges **ok ini propaganda semata mata!. maka abang terus meminta maaf kepada dia sebab abang yang bersalahkan. abang tak la pu lak berperasaan perasan walaupun bersalah i tetap betul dan everyone else is wrong but not me. maka abang pun berjanji dengan dia akan menukar selipar abang. 


selipar ini tidak bersalah, azmie yang kasik selipar ini pun tidak bersalah. pak persian nih pun tak salah. oleh kerana kita nih manusia kadang2 terlepas pandang benda2 remeh macam nih yang dianggap tak seberapa tapi sangat sensitive kepada sesetengah yang lain. lain padang lain belalang kan? pak persian nih banyak jugak la yang dia frust dengan management kolej. i was part of the college management dulu.dan abg tahu apa yang dia expect nih kadang2 impossible to be full filled let alone to satisfy him. in limited resources kadang2 kita kena bear with the lacking or kita cuba improvise. improvement nih makan masa dik oi. bukan sehari dua boleh buat boleh reform. cuma tang perangai ada sesetengah perangai boleh diubah almost immediately. ok itu jer nak merapik hari nih. ::BYE::

-PERAYIESIAN-

No comments: